Selasa, 7 Januari 2014

Masak-masak Nasi Hujan Panas


Assalamualaikum..

Bersesuaian dengan musim sekarang ni, sekejap-sekejap hujan, sekejap-sekejap panas, saya pun tiba-tiba rajin nak masak-masak! Hahaha, kenapa saya kata tiba-tiba rajin nak masak-masak? Sebab saya ni jenis selalu sesat-barat nak masuk dapur untuk masak. Kalau masuk dapur untuk makan, tak perlu tunjukkan jalan, kaki ni pandai sahaja melangkah. hehehe...

sumber-pokcik Google
(nasi saya dah habis, sebelum sempat difoto)


Okay, saya kongsikan resepinya ya..

Bahan-bahan:

2 Cawan beras
1/2 inci halia-hiris
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih-ketuk
3 biji bawang merah
1 kiub ayam
2 sudu besar minyak masak
sedikit butter-saya guna planta sebab butter habis
pewarna merah, hijau dan kuning

Cara-caranya:
-cuci beras dan sukat air seperti biasa.ketepikan.
-panaskan minyak dan butter(campur keduanya).tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sebentar.
-masukkan bawang putih dan halia.kacau hingga naik bau.masukkan bawang merah.tumis garing.tutup api.
-kemudian masukkan kiub ayam.hancurkan dan masukkan semua tumisan tadi dalam periuk nasi yg berisi beras dan air.kacau sedikit supaya sebati.masak nasi seperti biasa.
-setelah nasi masak.titiskan sedikit sahaja pewarna merah, hijau dan kuning.gaul-gaulkan nasi sedikit.
-hidangkan bersama bawang goreng.

Nasi ni, sesuai dimakan dengan ayam masak merah, daging ke...

Tapi saya kawinkan nasi hujan panas ni dengan ayam goreng berempah, daging masak kicap + daging rendang. Makan semasa nasi tengah panas-panas, dikala waktu hujan ditengahari. Fuuuhh terangkat!

1 keluarga saya makan bertambah-tambah! Alhamdulillah... Cubalah! Insya-Allah menjadi, sebab saya pon baru kali pertama masak nasi ni.

Tiada ulasan: