Memaparkan catatan dengan label Baju Muslimah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baju Muslimah. Papar semua catatan

Rabu, 4 Disember 2013

Salam Pertama, Salam Perkenalan

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, hari ini adalah pos pertama saya di blog ini..Pos yang pertama mestilah pengenalan kepada tuan blog ye tak? hehe.. 


Nama yang diberi Nurmayamin Binti Abdul Wahab, lebih senang dipanggil Maya. Dilahirkan pada 17 Febuari 19**
(siap bagi tarikh lahir, hmm ini adalah sangat sesuatu..) dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Saya berkelulusan Diploma al-Quran Wal Qiraat.. Sudah berkahwin dan telah dikurniakan dua permata hati. Kini saya menetap di Damansara, Kuala Lumpur. 

Saya bekerja sebagai Guru Tasmik al-Quran di Institut Al-Quran Kuala Lumpur (IQKL) secara separuh masa(part time) di Pinggir Taman Tun Dr Ismail. Pada masa yang sama, saya dan suami menubuhkan syarikat perlatihan Bahasa Arab,ABQAF SDN BHD (Akademi Bahasa Al-Quran Al-Firdausi).Alhamdulillah, dengan usaha kami, sedikit demi sedikit ABQAF sedang mula rancak mengorak langkah.


Sangat suka mengembara dan ber'blogwalking'. Kalau saya 'blogwalking' saya suka baca mengenai pengembaraan (^^,). Jika tempat yang diceritakan oleh 'blogger' tu menarik hati, cepat-cepat saya cadangkan kepada suami supaya dimasukkan dalam senarai tempat yang bakal kami lawati. 


Berjalan, bermusafirlah melihat keagungan Allah..


Ya, saya berjalan, bermusafir, bukanlah suka-suka atau sahaja-sahaja. saya berjalan dan bermusafir sambil santai bersama keluarga, sambil melihat keagungan dan kebesaran Allah SWT yang telah menciptakan alam yang super hebat ini. tidak lain dalam hati ini berzikir bertasbih memuji Ilahi ketika melihat pemandangan dan panorama yang jarang saya lihat di kotaraya Kuala Lumpur ini.
 -Di lain entri nanti, bolehlah saya beri tips jika mahu ke tempat yang saya pernah lawat itu. ( tempat yang saya belum pernah pergi macam mana saya nak cerita kan?haizz)


Saya juga minat berbisnes. Saya mula bisnes online pada tahun 2010, iaitu selepas berkahwin. Banyak buku-buku mengenai bisnes saya baca, kursus dan kelas bisnes saya hadiri. Antara produk pertama yang pernah saya jual adalah Syaamil al-Quran Tafsir Per Kata dari Indonesia. Sehingga kini, masih lagi orang bertanyakan mengenai Quran Tafsir itu. Pada tahun 2012, suami mencadangkan saya menjual t-shirt labuh muslimah. Saya menjualnya secara online dan offline-dengan membuka booth jika saya dan suami mempunyai kelapangan masa pada hujung minggu. Alhamdulillah, berhelai-helai juga stok pakaian yang kami bawa laku. 


Sebenarnya saya ni tidaklah pandai utk menulis apatah lagi utk menggunakan ayat yang berbunga-bunga utk merungkaikan kata-kata. Suami banyak memberi galakkan ( bukan gelakkan dan dorongan untuk menulis.


"Dinda, cubalah menulis,tulis lah sesuatu yang bermanfaat untuk orang baca. Pernah atau tak dinda terfikir, apa yang akan dinda tinggalkan untuk ummah kelak jika dinda telah tiada nanti?Apa yang akan dinda jwab nanti, jika disoal Allah, 'apa yang telah engkau buat atau lakukan atau tinggalkan ketika di dunia?"  

kata suami saya pada suatu hari.

"Err...er..." 

Itu sahaja jawapan yang dapat saya berikan pada suami. Pada mulanya, saya ambil tak kisah saja dengan kata-katanya, tapi lama-kelamaan terpikir juga. Lagi pula, saya cemburu melihat suami saya selalu menulis dan membuat status di Facebook beliau. Ramai yang membaca dan kongsikan pula tulisan suami saya di timeline mereka. Tulisan yang bermanfaat, apa salahnya kan! Asyik membaca sahaja, bila pula saya sendiri hendak berkongsi sesuatu yang bermanfaat melalui pemahaman dan penulisan saya sendiri?

Saya perlukan panduan dan tunjuk ajar untuk mula menulis. Maklumlah, sudah lama meninggalkan alam membuat karangan yang berjela panjangnya. InsyaAllah, mulai dari posting pertama saya ini, saya cuba untuk asah dan belajar untuk menulis kembali dengan tunjuk ajar mentor Kak Normi dari Akademi Bekerja Di Rumah.

Teringat saya pada pantun tradisional kita;

Buah cempedak di luar pagar, 
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tumbukkan tunjukkan/ajarkan...

Boleh ye kak.. (^^,)

Sampai sini sahajalah dulu posting pertama saya ini. Jumpa lagi posting seterusnya!

Wassalam