Khamis, 9 Januari 2014

Al-Bayt Homestay Melaka

Assalamualaikum.

Cerita tahun lepas, tapi saya nak kongsikan juga! Mana tahu untuk rujukan ye tak?

Cuti hujung tahun lepas, saya sekeluarga bercuti ke Melaka. Saya bukan mahu cerita mengenai tempat yang saya kunjungi selama 3 hari 2 malam di sana, cuma mahu bercerita mengenai tempat penginapan kami sekeluarga yang boleh memuatkan 20 orang!

Al-Bayt Homestay - sangat-sangat disyorkan!

Kami menyewa homestay yang terletak di Ayer Keroh Melaka. Mengapa kami menyewa disini? Kerana ia kepunyaan keluarga anak murid saya! hehe...

Rumah Semi-D 2 tingkat yang terletak dihujung lot bagi saya, aaaamat berpuas hati. Rumah penginapan yang bercirikan Islamik ini sangat-sangat selesa untuk percutian keluarga atau percutian bersama kawan-kawan. 

Mempunyai 1 bilik tidur di tingkat bawah dan 3 bilik tidur di tingkat atas. Di setiap bilik disediakan juga pengahawa dingin, sehelai sejadah, arah kiblat dan juga surah Yaasin.

Diruangan dapur, disediakan peti ais, microwave, kettel dan dapur yang membolehkan anda memasak. Ohya! mereka juga menyediakn mesin basuh! Anda tak perlu bawa pakaian yang banyak macam bawa 1 almari, lebih-lebih lagi bagi anda yang mempunyai anak kecil. Kannnn...

Di bahagian ruangan keluarga di tingkat atas, disediakan juga 1 set sofa, seterika beserta papan seterika, televisyen dan pemain DVD.

Al-Bayt Homestay ini, berhampiran dengan

- Masjid Alami MITC
- Tempat membeli-belah : Mydin dan MITC Fashion City(yang berhampiran), Jusco dan Melaka Mall.
- Restaurant : Subaidah (24hr), Ayoob (24hr), Nasi Kandar (23 hr), Ikan Bakar Malim, Naiman,RFC, Dima 
- Tumpuan pelancong :  Zoo, Wonderland Water Theme Park, Planetarium, MITC Exhibition Hall, Buggy Ride di Botanical Garden dan Kota Melaka
- Learning Centre - UTeM, MMU
-Pusat rekreasi : Melaka International Bowling Centre (MIBC), Golf Courses (AKCC, Tiara GCC, Orna GCC), Tasik Rimba di Taman Tasik Utama.

Saya beri 4 bintang untuk Al-Bayt Homestay!

Anda juga boleh terus telefon pemilik Homestay, 013-6302 534 - Puan Habibah


Untuk maklumat lanjut, boleh klik --->>> Al-Bayt Homestay



Selasa, 7 Januari 2014

Masak-masak Nasi Hujan Panas


Assalamualaikum..

Bersesuaian dengan musim sekarang ni, sekejap-sekejap hujan, sekejap-sekejap panas, saya pun tiba-tiba rajin nak masak-masak! Hahaha, kenapa saya kata tiba-tiba rajin nak masak-masak? Sebab saya ni jenis selalu sesat-barat nak masuk dapur untuk masak. Kalau masuk dapur untuk makan, tak perlu tunjukkan jalan, kaki ni pandai sahaja melangkah. hehehe...

sumber-pokcik Google
(nasi saya dah habis, sebelum sempat difoto)


Okay, saya kongsikan resepinya ya..

Bahan-bahan:

2 Cawan beras
1/2 inci halia-hiris
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih-ketuk
3 biji bawang merah
1 kiub ayam
2 sudu besar minyak masak
sedikit butter-saya guna planta sebab butter habis
pewarna merah, hijau dan kuning

Cara-caranya:
-cuci beras dan sukat air seperti biasa.ketepikan.
-panaskan minyak dan butter(campur keduanya).tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sebentar.
-masukkan bawang putih dan halia.kacau hingga naik bau.masukkan bawang merah.tumis garing.tutup api.
-kemudian masukkan kiub ayam.hancurkan dan masukkan semua tumisan tadi dalam periuk nasi yg berisi beras dan air.kacau sedikit supaya sebati.masak nasi seperti biasa.
-setelah nasi masak.titiskan sedikit sahaja pewarna merah, hijau dan kuning.gaul-gaulkan nasi sedikit.
-hidangkan bersama bawang goreng.

Nasi ni, sesuai dimakan dengan ayam masak merah, daging ke...

Tapi saya kawinkan nasi hujan panas ni dengan ayam goreng berempah, daging masak kicap + daging rendang. Makan semasa nasi tengah panas-panas, dikala waktu hujan ditengahari. Fuuuhh terangkat!

1 keluarga saya makan bertambah-tambah! Alhamdulillah... Cubalah! Insya-Allah menjadi, sebab saya pon baru kali pertama masak nasi ni.

Isnin, 6 Januari 2014

Ujian Pap Smear

Assalamualaikum,

Tengahari tadi saya ada temujanji dengan pakar Obstetrics & Gynecology, Dr Norlida Kairon di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru. Temujanji ini sudah dibuat sebulan sebelum ini. Saya memilih melakukan prosedur di hospital ini sebab kerana suasananya sungguh Islamik! Saya perhatikan semua kakitangan, SEMUA KAKITANGAN ye dari pengawal pintu hingga ke doktor pakar di hospital ni ramah mesra, sebelum memulakan kerja baca Bismillah, memberi salam ketika bertemu, pendek kata saya amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Memang saya beri 5 bintang untuk hospital ini.

Berbalik pada cerita,

Saya sungguhlah berdebar sebelum melakukan prosedur Pap Smear ni. Suami saya yang menemani saya jugalah yang menenangkan saya. " tak perlulah bayang perkara yang menakutkan, bayang yang baik sajalah"
"kalau bayang sakit, sakitlah nanti." Okay, bayang yang baik-baik saja!

Bila nombor saya dipanggil, tiba-tiba jantung saya makin kencang berdegup.

"Assalamualaikum..." saya cuba untuk senyum kepada doktor.

"wa'alaikumussalam.. dudukla. Haa ape khabar? Macam mana baby? Oh, hari ni nak buat Pap Smear.. Okay, okay"

"heee ha'ah.. Pap Smear" sambil saya tersengih. 

"alah, tak sakit pon, okay, boleh baring kat katil." kata Dr Norlida sambil ketawa.

Makin berdebarlah saya melangkah, bila saya sudah sedia di katil, Dr. pun bertanyalah macam-macam sambil melakukan prosedur tersebut. 

"Okay, sudah siap!"

"ha? Dah siap ke?" tanya saya kembali.

"Suuudah! Kan tak sakit. Okay, keputusannya nanti saya telefon," jawab Dr. sambil ketawa melihatkan saya yang masih blur.

"Owh, okay... tak sakit pon..terima kasih Dr!"

Kaaaannn... tak sakit pon, prosedur ni rasanya tak sampai 5 minit saya rasa. Rasa berdebar sebelum prosedur tu sahaja yang melampau berjam-jam, berhari-hari lamanya. Owh ya, doakan hasil keputusan dari makmal-saya bebas dari sebarang penyakit.

Pengajarannya, jangan fikirkan yang bukan-bukan atau perkara yang menakutkan, padahal kita belum menghadapinya. Kita hanya buang masa sebab memikirkan perkara yang bukan-bukan atau yang tidak akan berlaku pon. Hadapinya sahaja dengan tenang..

Saya kongsikan pembacaan saya mengenai Ujian Pap Smear ya..

Ada orang tanya 'Pap Smear' tu apa?

Hokay, kalau korang nak tau, ni adalah test untuk mengesan kanser servik/pangkal rahim. Kanser ni adalah pembunuh utama wanita selain kanser payudara. Kalau breast tu maybe kita boleh nampak kalau ada yang abnormal, tapi kalau kat rahim kita tu boleh nampak ker? Sebab tu kena buat test ni yer..ala, bukan tiap2 bulan pun kena buat test ni macam buat check up masa preggy dulu. Tiga tahun sekali pun dah hokay..dun worry.

Bila korang patut melakukan ujian Pap Smear?

Bila korang dah kahwin atau mencapai umur 26 tahun dan ke atas. Tapi untuk wanita yang telah menjalani histerektomi (buang rahim), tak perlu buat test ni sebab rahim dah takde (takutnya...)

Apa yang perlu dilakukan SEBELUM buat ujian Pap Smear?

Test ni tak boleh buat waktu haid. Korang perlu mengelak dari melakukan perkara2 berikut sebelum buat test :
1. Melakukan seks
2. Menyembur kawasan vagina
3. Menggunakan tampon
4. Menggunakan krim vagina

Apa yang dilakukan SEMASA ujian Pap Smear?

1. Korang kena baring dgn lutut dinaikkan dan dibengkokkan ala2 nak bersalin. [serius terbayang rasa sakit bersalin..hehe]
2. Alat spekulum akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka. Masa ni doktor akan suruh korang tarik nafas untuk mengelakkan rasa sakit dan tidak selesa.
3. Doktor akan masukkan spatula untuk mengambil sampel dari servik.
4. Sampel tu akan diletakkan di atas slaid kaca dan disembur dengan alkohol dan akan dihantar ke makmal untuk diperiksa.
5. Dalam tempoh masa 3 bulan (kerajaan yer..kalau swasta 1 minggu jer), pihak klinik akan call korang kalau ada masalah yang serius. Kalau semua normal, dorang takkan call untuk menjimatkan kredit (gurau jer..hehe)
6. Tadaa....dah siap ! [senang kan?]

Apakah kelebihan Pap Smear?

Selain dapat mengesan kanser servik, test ni juga boleh mengesan polip dan jangkitan pada rahim. Bagus kan? Jadi..jangan ragu2 untuk buat test ni..masa hadapan anda di tangan anda..chewah !!


Read more: http://cekgunorazimah.blogspot.com/2013/04/wanita-dan-ujian-pap-smear.html#ixzz2pg4dwcoU










Jumaat, 6 Disember 2013

Jihad Wanita

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dapat juga hari ini saya meng'update' blog saya ini setelah beberapa urusan penting saya selesai dan selamat saya hadapi.

Saya tertarik dengan satu status di Facebook saya, lalu saya kongsikan di wall FB saya. Kini saya juga mahu kongsikan di sini.


DONT LIKE STRETCH MARKS ON YOUR WIFE AFTER PREGNANCY??



Do you know what men are guilty of? They don't realize that the stretch marks on the belly of the woman, those are actually signs of contributing to the Ummah of Muhammad salallahu aleyhi wasallam. Wallahi, they are signs of jihad. They are signs of a huge sacrifice. May Allah subhanahu wata’aala grant us the ability to understand that those marks are actually the marks that might take the woman to Jannah. 
May Allah take them to Jannah In sha Allah!


Jadi, usah risau/gelisah jika garis-garis stretchmarks muncul pada perut anda. tetapi, BERBANGGALAH! kerana itu adalah tanda JIHAD seorang wanita, BESARNYA pengorbanan seorang ibu, Besarnya pengorbanan seorang isteri. Ia juga adalah SUMBANGAN anda meramaikan umat Nabi Muhammad SAW. Itulah juga tanda yang akan membawa kita ke syurga kelak.-InsyaAllah..

>>Petua yang pernah saya dengar, kalau gatal di perut, jangan garu guna kuku, usap-usap sahaja di perut atau, gunakan sikat jika terlalu gatal.

Sentiasa lembabkan kulit. Amalkan sapu minyak zaitun pada awal kehamilan hingga hujung kehamilan. Ataupun boleh cari minyak Bio Oil, Cocoa Butter ataupun, terjah sahaj farmasi berdekatan, dan terus bertanyakan ke ahli farmasi. "nak minyak untuk kurangkan kesan stretchmarks!" Tahulah mereka tu.

p/s: ramai juga sahabat-sahabat saya yang sedang mengandung dan bakal melairkan pada tahun 2014, jadi, usah gelisah ye, kalau suami terlampau komplen, suruh baca entri ni! hehe

Rabu, 4 Disember 2013

Salam Pertama, Salam Perkenalan

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, hari ini adalah pos pertama saya di blog ini..Pos yang pertama mestilah pengenalan kepada tuan blog ye tak? hehe.. 


Nama yang diberi Nurmayamin Binti Abdul Wahab, lebih senang dipanggil Maya. Dilahirkan pada 17 Febuari 19**
(siap bagi tarikh lahir, hmm ini adalah sangat sesuatu..) dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Saya berkelulusan Diploma al-Quran Wal Qiraat.. Sudah berkahwin dan telah dikurniakan dua permata hati. Kini saya menetap di Damansara, Kuala Lumpur. 

Saya bekerja sebagai Guru Tasmik al-Quran di Institut Al-Quran Kuala Lumpur (IQKL) secara separuh masa(part time) di Pinggir Taman Tun Dr Ismail. Pada masa yang sama, saya dan suami menubuhkan syarikat perlatihan Bahasa Arab,ABQAF SDN BHD (Akademi Bahasa Al-Quran Al-Firdausi).Alhamdulillah, dengan usaha kami, sedikit demi sedikit ABQAF sedang mula rancak mengorak langkah.


Sangat suka mengembara dan ber'blogwalking'. Kalau saya 'blogwalking' saya suka baca mengenai pengembaraan (^^,). Jika tempat yang diceritakan oleh 'blogger' tu menarik hati, cepat-cepat saya cadangkan kepada suami supaya dimasukkan dalam senarai tempat yang bakal kami lawati. 


Berjalan, bermusafirlah melihat keagungan Allah..


Ya, saya berjalan, bermusafir, bukanlah suka-suka atau sahaja-sahaja. saya berjalan dan bermusafir sambil santai bersama keluarga, sambil melihat keagungan dan kebesaran Allah SWT yang telah menciptakan alam yang super hebat ini. tidak lain dalam hati ini berzikir bertasbih memuji Ilahi ketika melihat pemandangan dan panorama yang jarang saya lihat di kotaraya Kuala Lumpur ini.
 -Di lain entri nanti, bolehlah saya beri tips jika mahu ke tempat yang saya pernah lawat itu. ( tempat yang saya belum pernah pergi macam mana saya nak cerita kan?haizz)


Saya juga minat berbisnes. Saya mula bisnes online pada tahun 2010, iaitu selepas berkahwin. Banyak buku-buku mengenai bisnes saya baca, kursus dan kelas bisnes saya hadiri. Antara produk pertama yang pernah saya jual adalah Syaamil al-Quran Tafsir Per Kata dari Indonesia. Sehingga kini, masih lagi orang bertanyakan mengenai Quran Tafsir itu. Pada tahun 2012, suami mencadangkan saya menjual t-shirt labuh muslimah. Saya menjualnya secara online dan offline-dengan membuka booth jika saya dan suami mempunyai kelapangan masa pada hujung minggu. Alhamdulillah, berhelai-helai juga stok pakaian yang kami bawa laku. 


Sebenarnya saya ni tidaklah pandai utk menulis apatah lagi utk menggunakan ayat yang berbunga-bunga utk merungkaikan kata-kata. Suami banyak memberi galakkan ( bukan gelakkan dan dorongan untuk menulis.


"Dinda, cubalah menulis,tulis lah sesuatu yang bermanfaat untuk orang baca. Pernah atau tak dinda terfikir, apa yang akan dinda tinggalkan untuk ummah kelak jika dinda telah tiada nanti?Apa yang akan dinda jwab nanti, jika disoal Allah, 'apa yang telah engkau buat atau lakukan atau tinggalkan ketika di dunia?"  

kata suami saya pada suatu hari.

"Err...er..." 

Itu sahaja jawapan yang dapat saya berikan pada suami. Pada mulanya, saya ambil tak kisah saja dengan kata-katanya, tapi lama-kelamaan terpikir juga. Lagi pula, saya cemburu melihat suami saya selalu menulis dan membuat status di Facebook beliau. Ramai yang membaca dan kongsikan pula tulisan suami saya di timeline mereka. Tulisan yang bermanfaat, apa salahnya kan! Asyik membaca sahaja, bila pula saya sendiri hendak berkongsi sesuatu yang bermanfaat melalui pemahaman dan penulisan saya sendiri?

Saya perlukan panduan dan tunjuk ajar untuk mula menulis. Maklumlah, sudah lama meninggalkan alam membuat karangan yang berjela panjangnya. InsyaAllah, mulai dari posting pertama saya ini, saya cuba untuk asah dan belajar untuk menulis kembali dengan tunjuk ajar mentor Kak Normi dari Akademi Bekerja Di Rumah.

Teringat saya pada pantun tradisional kita;

Buah cempedak di luar pagar, 
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tumbukkan tunjukkan/ajarkan...

Boleh ye kak.. (^^,)

Sampai sini sahajalah dulu posting pertama saya ini. Jumpa lagi posting seterusnya!

Wassalam